Datuk Jimmy Tham
RANAU: Maayarakat Tionghua di sini menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini secara sederhana apabila mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Presiden Dewan Perniagaan Tionghua yang juga Pengerusi Persatuan Hakka daerah Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong berkata, sambutan tahun baharu cina kali ini agak berbeza dengan sambutan sebelumnya disebabkan pendemik Covid -19 yang kini masih menular khususnya dalam negara.
“Meskipun demikian sambutan tetap meriah walupun dihadiri ahli keluarga sahaja”, jelas Datuk Jimmy ketika dihubungi
Beliau mengharapkan kepada warga Tionghua dan ahli Persatuan Hakka Ranau agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 itu sebagai penghalang bagi mengeratkan perpaduan sedia terjalin dikalangan suku kaum lain Ranau.
Menurut Jimmy, persaudaraan suku kuam Tionghua tetap terjalin erat antara mereka dengan Perpaduan mapan dengan suku kaum di Malaysia tanpa dibatasi dengan perbezaan budaya dan idologi politik.
Datuk Jimmy juga mengharapkan agar tahun lembu tahun ini menjadi landasan persaudaraan antara kaum dapat dipupuk dan dipertingkatkan lagi menerusi perayaan kaum sama dan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali, Gawai dan sebagainya memandangkan ia satu elemen penting bagi memperkukuhkan semangat perpaduan serta keharmonian rakayat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan fahaman politik.
“Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya di daerah Ranau agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan terutama penjagaan kesihatan diri termasuklah mengamalkan penjarakan 1 meter antara individu, memakai Pelitup Separuh Muka, sering membasuh tangan dengan sabun (sanitizer) dan tidak mengunjungi kawasan sesak dengan ramai orang.
“Ingat ungkapan ‘Kita Jaga Kita’, Jaga Keluarga, Komuniti dan negara kita”, tambah Jimmy.