30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat Labuan Pilotage and Marine Services (LPMS) beri peluang pekerjaan anak tempatan

Gambar: SIMBOLIK… Yahya (tengah)  bersama Kapten James dan Kamariah ketika pada sesi bersama media di pejabatnya di Wong Wo Lo.

LABUAN: Sebuah syarikat perkhidmatan Bot tunda (Tugboat), Labuan Pilotage and Marine Services (LPMS) Sdn. Bhd yang mula beroperasi November 2021 sedia memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan khususnya dalam bidang perkapalan sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat it.

Pengurus Besar syarikat itu, Yahya Mohammad berkata, syarikat yang telah ditubuhkan sejak 2017 itu telahpun mula beroperasi sepenuhnya pada November tahun lalu dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan  termasuk perkhidmatan dari kapal ke kapal (STS) mengunakan perkhidmatan  tugboat.

“Ketika ini kami memiliki dua buah tugboat  (bot tunda) iaitu Sumber  Tractor 1 dan Sumber Tractor 2 yang didatangkan dari Bantam Indonesia dan boleh  beroperasi 24 jam jika diperlukan oleh agen agen perkapalan  di pulau ini” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pejabat baharu syarikat itu di Tingkat Dua Bangunan Wong Wo Lo dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Syarikat itu,  Kapten James W.H. Lee dan Kamariah Mat Zin.

Selain dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan, syarikat ini juga antara lain bertujuan untuk melengkapkan perkhidmatan  antara satu sama lain dengan operator Tugboat yang masih kekurangan di pulau ini.

“Kewujudan syarikat kami secara tidak langsung dapat melangkapkan perkhidmatan antara satu sama lain…Kalau ada syarikat yang tidak boleh beroperasi maka syarikat kami akan support supaya dapat membantu agen perkapalan dan juga pemain pemain industri khususnya dalam sektor minyak dan gas selain mereka juga  ada pilihan” katanya.

Menurut Yahya, setakat ini syarikatnya telah membuat pelaburan lebih RM40 juta termasuk kos pembelian dua buah tugboat  sambil menambah pihaknya juga bersedia untuk menambah beberapa buah tugboat sekiranya perkhidmatannya mendapat permintaan yang tinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN