26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat Keyfield Offshore  hulur  sumbangan  sempena Ramadan

GEMBIRA….penerima sumbangan bersama  Rosetina (duduk kiri sekali), Sahiron (tengah) dan Rosmani ( duduk kanan sekali) pada majlis itu.

LABUAN: Syarikat  Keyfield Offshore Sdn Bhd menghulurkan sumbang  duit raya dan juga keperluan makanan harian kepada golongan asnaf  sempena bulan Ramadan Al Mubarak  yang telah diadakan di dewan Taman Perumahan  Sungai Bedaun, di sini pada Sabtu.

Sumbangan menerusi Program Tanggung jawab Sosial Korporat  syarikat itu disampaikan oleh Pengurus Operasi Syarikat Rossa Bumi Enterprise, Puan  Rosetina Duli  yang mewakili syarikat Keyfield Offshore Sdn. Bhd.

Turut menyampaikan sumbangan itu Pengurus Operasi Rossa Bumi Enterprise, Sahiron Yunus.

Rosetina ketika ditemui berkata,  setiap asnaf  yang dipilih daripada kawasan Taman Perumahan Bedaun dan sekitarnya menerima  wang tunai RM100.00 serta barang keperluan asas berupa beras, minyak masak, gula dan telur yang  bernilai RM100.00.

Beliau berkata, syarikat Keyfield Offshore Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan atas kapal telah  memperuntukan sebanyak RM8,000 untuk diagihkan kepada  golongan asnaf menerusi program tanggung jawab sosial (CSR)  syarikat itu.

“Syarikat kami telah diberi amanah untuk melaksanakan sumbangan tersebut  melalui program CSR  untuk berkongsi rezeki bersama asnaf  sempena bulan Ramadan” katanya.

Hadir sama, mantan Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Putih.

2. SAHIRON ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf pada majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN