ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat Emas Sri Semantan sampai sumbangan RM20,000 kepada Masjid At Taqwa Tuaran

SUMBANGAN AMAL Azmi Ismail (kiri) sedang menyampaikan sumbangan Cek RM20,000 kepada Darasik Moyong (kanan)disaksikan oleh ahli ahli jawatankuasa masjid dan Encik Awang Saleh,Awang Ismail dan Encik Budin.

TUARAN: Sebuah syarikat milik Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai rangkaian perniagaan Emas Sri Semantan menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada sebuah masjid di Tuaran.

Pengarah Eksekutifnya Encik Mohd.Azmi Bin Ismail menyerahkan sumbangan itu bagi pihak Syarikat Emas Sri Semantan kepada Pengerusi Masjid At Taqwa Perumahan Laya-Laya di sini baru-baru ini.

Sumbangan untuk pembaikan Masjid At Taqwa dan untuk kerja- kerja lain itu diterima oleh
Pengerusi masjid tersebut Encik Darasik Moyong yang turut dihadiri oleh ahli ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Darasik dalam ucapan ringkasnya di majlis itu mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur atas sumbangan yg diterima dari Syarikat Emas Sri Semantan.

Beliau berkata sumbangan amal dari syarikat ini akan membolehkan pihak AJK masjid untuk memperbaiki sebarang kerosakkan yang ada di masjid itu.

” Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Pengarah Eksekutif Sri Semantan, Encik Azmi yang diiringi oleh Awang Saleh,Awang Ismail dan Encik Budin untuk datang menghulurkan sumbangan amal ini.

Sementara itu Azmi berkata sumbangan ini adalah sebahagian dari kegiatan amal oleh syarikat itu untuk masyarakat Islam di perkampungan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN