ADVERTISEMENTspot_img

Road To MAHA 2026 Labuan sasar 30,000 pengunjung

Muhammad Azmi (tengah) bersama dif dif jemputan ketika meninjau hasil produk yang dipamerkan di Road To MAHA Labuan 2026.

LABUAN: Program Road To MAHA Labuan, 2026 yang membuka tirainya pada pagi kelmarin menyasarkan 30,000 pengunjung dari dalam dan luar Labuan.

Road To MAHA Labuan 2026 yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sehingga Ahad ini melibatkan lebih 180 pempamer dari Sabah. Sarawak, Semenanjung dan Labuan bertujuan untuk memperkasa sektor agromakanan dan merancakkan ekonomi komuniti tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammed Azmi Mohd. Zain ketika meluncurkan majlis itu kelmarin berkata, Road To MAHA Labuan 2026 yang julung kalinya diadakan di Labuan menjadi platform strategik menghimpun pemain industri, usahawan dan komuniti untuk menguatkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Katanya, program yang dilaksanakan oleh JWP dan Perbadanan Labuan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi di bawah Kementetian itu menawarkan pameran agro gastronomi, jualan Agro MADANI padanan perniagaan, perkongsian teknologi dan jualan produk tempatan mampu memperkasakan ekosistem pertanian tempatan melalui pendedahan teknologi moden dan latihan keusahawanan kepada usahawan tani.

“Kita juga berharap melalui program ini warga Labuan dapat menerokai produk produk yang berpotensi sekaligus meningkatkan hasil pertanian tempatan”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN