30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd hulur sumbangan untuk keperluan PKRC Labuan

Gambar: SUMBANGAN…. Alex Lee (kanan) bersama barangan yang disumbangkan oleh Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd,  menghulurkan  sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan untuk keperluan pesakit Covid 19 yang sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC).

Sumbangan berkenaan  berupa keperluan harian dan juga barangan elektrik  diterima oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad mewakili JPBD  daripada Alex Lee yang mewakili Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd.  di Pusat Penyimpanan Makanan JKM Labuan, pada Jumaat.

Alex Lee ketika ditemui media berkata sumbangan yang bernilai lebih RM3,000 tersebut adalah bertujuan untuk membantu JPBD Labuan  dalam memudahkan jawatankuasa itu menguruskan keperluan harian yang diperlukan di Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC).

“Antara sumbangan yang kami serahkan hari ini termasuklah 30 kotak air minuman, pelbagai makanan asas dan kering serta  cerik elektrik yang sangat diperlukan oleh golongan  ibu yang mempunyai anak kecil  yang    menerima rawatan di PKRC” katanya.

Sementara itu, Ansharey mengucapkan terima kasih kepada syarikat Deevine Development Sdn.Bhd. atas sumbangan  tersebut yang secara tidak langsung telah memudahkan dan meringankan beban  JPBD menguruskan keperluan pesakit  di PKRC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN