27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sunwukong FC juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Hari Wilayah peringkat Labuan

JUARA… pasukan Sunwukong FC menerima hadiah daripada Rithuan (empat dari kiri)

LABUAN: Pasukan Sunwukong FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai  Edisi pertama sempena Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan 2024 yang diadakan di pantai Ramsey Point, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, di sini, pada Ahad.

Pasukan Sewukong yang dibarisi beberapa pemain muda pasukan bola sepak Labuan menewaskan pasukan Bomba FC dengan jaringan 4-1 dalam perlawanan akhir sekaligus menyaksikan pasukan pilihan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan piala serta medal.

Manakala pasukan Bomba FC yang berpuas hati bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,500 beserta piala dan medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan  LDA Holding (Batu Arang) untuk menerima hadiah wang tuani RM1,000 dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan Kenohan Sungai Bedaun untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Sementara itu, pasukan Victo FC muncul juara bagi kategori Wanita  selepas menewaskan Victoria FC 2-0. Kedua dua pasukan menerima hadiah wang tunai.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali, Presiden LAFA, Sophian Said dan Pegawai MSWPL, Zulhelmi Amran.

Kejohanan yang dianjurkan  oleh LDA Holding dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah disertai sebanyak 16 pasukan termasuk dua pasukan wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN