Robert meninjau gotong-royong membina jalan konkrit Kampung Nuntunan.
KENINGAU:Penduduk Kampung Nuntunan amat terharu dan berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin diatas keprihatinan dan kesungguhannya membantu menghulurkan sumbangan material membina jalan konkrit di kampung tersebut.
Pengerusi JPKK kampung tersebut Puan Bibiana Lacius berkata, pembinaan jalan tersebut dibuat secara gotong-royong sempena program gotong royong membersihkan kawasan dewan serbaguna kampung itu.
Katanya, program gotong royong tersebut dikelolakan oleh JPKK Kampung Nuntunan yang disertai oleh penduduk kampung.
Bibiana yang mewakili penduduk kampung tersebut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert yang hadir bersama dalam program tersebut dan menghargai sumbangan beliau dalam menjayakannya program gotong-royong itu.
Katanya, dengan terbinanya jalan konkrit tersebut sudah tentu memberikan keselesaan kepada penduduk yang menggunakannya.
Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengharapkan program gotong royong seumpama itu perlu teruskan dan diterapkan dikalangan masyarakat kampung.
Katanya, gotong-royong bukan sahaja menggambarkan kesepekatan komuniti tetapi ia dapat menerapkan semangat perpaduan dan mengeratkan semangat kejiranan.
Pada masa sama beliau mengucapkan tahniah kepada JPKK kampung tersebut yang dapat melaksanakan program itu dengan jayanya.
Turut serta di program tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred Vincent, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Juakim dan Ketua Wiramuda STARSABAH N.40 Bingkor Florian Ilon dan Ahli ahli Jawatan kuasa Wiramuda STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor.