24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sumbangan Bekas Anggota PDRM sentiasa dihargai

KENANGAN…Para Ahli PBPM Cawangan Ranau bersama rombongan dari Kota Kinabalu merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk empat kiri) dan Datuk Awang (duduk tiga kiri).

RANAU: Sumbangan bakti, jasa dan pengorbanan para Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa dihargai dan disanjung tinggi walaupun mereka telah bersara.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata,  khidmat bakti bekas anggota  PDRM tetap disanjungi tinggi di manapun mereka pernah bertugas bagi memastikan keharmonian  masyarakat dan keamanan negara terus terpelihara.

“Justeru kita amat berterima kasih dan menghargai sumbangan mereka selama ini, meskipun sudah berhenti atau bersara daripada tugas mereka”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia, di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau  berkata, walaupun para pesara PDRM sudah berhenti memegang tugas hakiki mereka dan berstatus ‘Pesara’ namun, peranan mereka dalam menjaga keharmonian komuniti tetap diperlukan dan mereka masih bokeh menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berguna untuk menjaga keselamatan, kedamaian dan keharmonian negara dari ancaman luar atau dalam serta utk mengelakkan unsur2 jenayah dan perkara2 negatif dari dilakukan.

“Tuan-tuan semua walaupun sudah bersara, namun khidmati bakti sukarela tuan-tuan kepada rakyat dan negara ini masih penting dan relevan.

“Kita sedia bekerjasama setakat termampu demi keperluan komuniti setempat dan faedah para bekas PDRM”, tegasnya sambil menyarankan kepada Persatuan Bekas Polis supaya bijak mencari dana samada dari kerajaan atau pihak swasta untuk menampung keperluan aktiviti persatuan.

Turut hadir dan berucap ialah,  Pengerusi Persatuan Bekas Polis Negeri Sabah  merangkap Naib Presiden PBPM Pusat, Datuk Awang Kassim Bin Haji Awang Gemuk, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simiun Bin  Lomudin, Pengerusi PBPM Cawangan Ranau, Haji Admin Bin Hamid dan dihadiri lebih lebih 30 ahli persatuan.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN