27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SUKANEKA WARNAI SUASANA MERIAH PROGRAM KAAMATAN KAMPUNG KEBUH BARU 12 JUN INI

Sunduan Winorun..antara acara berpasukan yang memeriahkan suasana sukaneka tersebut 

RANAU: Sukaneka yang telah berlangsung pada pagi hari ini di padang dan Dewan Komuniti Kampung Kebuh Baru, ternyata menjadi antara acara awal yang berjaya mewarnai suasana meriah pada Program Kaamatan Peringkat Kampung Kebuh Baru yang akan diadakan pada 12 Jun ini.

Antara sukaneka yang memeriahkan suasana pada hari ini ialah pertandingan Rampanau, Mintagu, Momolositik, Sunduan Winorun, Mintundok Suang Karung, Posiling lonot dan Minramit Bilon.

Menurut Ketua Pengurus Sukaneka, Iundi Supilin, beliau bersama rakan AJKnya Fedylius Coler Julimin dan Jonelson Jol, berkata semua aktiviti berstesyen telah disiapkan awal kelmarin. Para peserta pada pagi hari ini telah dibahagikan kepada 4 pasukan (PULUT, TADONG, BARIU, BONGOLON) di mana para peserta setiap pasukan adalah gabungan di kalangan dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Dalam pertandingan itu, Pasukan PULUT berjaya menjadi johan keseluruhan setelah berjaya mengumpul sebanyak 30 mata. Naib Johan, pasukan TADONG (28 mata) sementara tempat Ketiga dan Keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan BARIU (27 mata) dan BONGOLON (24 mata).

Acara awal lain yang telah dijalankan pada hari Isnin dan Selasa minggu ini ialah pertandingan Bola Sepak Futsal dan pertandingan Badminton Regu kategori Lelaki dan Perempuan.

Semua hadiah acara awal akan disampaikan oleh PPM DUN N38 Paginatan, Hisyamuddin Harun semasa perasmian Pertandingan Sugandoi Peringkat Mukim Nalapak pada 11 Jun ini bertempat di Dewan Komuniti Kampung Kebuh Baru.

Beliau berterimakasih atas sambutan penduduk terhadap acara sepanjang minggu ini dan mengharapkan kehadiran semua bagi memeriahkan majlis pada pertandingan Sugandoi 11 Jun dan acara kemuncak program pada 12 Jun ini. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN