30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan mampu menyemerakkan semangat patriotik, perpaduan: Robert

Robert menerima tabik hormat perbarisan lintas hormat setiap kontinjen kejohanan.

KENINGAU:Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sukan mampu menjadi wadah penting dalam usaha kerajaan untuk membentuk sebuah Keluarga Malaysia yang harmoni bersatu padu.

“Sejak berdekad lamanya, sukan telah mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara” katanya semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Zon Bingkor di Kompleks Sukan di sini baru-baru ini.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, sukan telah mengikat masyarakat di negara ini sebagai bangsa bangsa yang tebal dengan nilai-nilai kasih sayang.

Sukan juga katanya, telah menyatukan masyarakat merentasi garis-garis kaum dan agama.

Sebanyak lapan buah sekolah dalam Zon Bingkor menyertai kejohanan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN