ADVERTISEMENTspot_img

SUKAN MAMPU MEMBENTUK MINDA YANG CERDAS DAN SIHAT – AZMAN

Azman (ketiga dari kiri) bersama Ahmud dan guru-guru merakamkan gambar kenangan bersama peserta Larian Jogathon.

KENINGAU: Sukan bukan sahaja berperanan mengekalkan kesihatan fizikal, malah mampu membentuk minda yang cerdas dan sihat, kata Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Liawan Datuk Azman Hj. Ruslan.

Azman yang juga Pengerusi Sabah NET Sdn. Bhd. berkata demikian ketika merasmikan dan melepaskan peserta Larian Jogathon Pra-Persaraan Pengetua SMK Keningau II, Tuan Haji Ahmud Haji Saribin, yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Keningau II.

“Melalui sukan, kita bukan sahaja dapat mengekalkan tubuh yang sihat, malah membina minda yang cerdas dan sihat,” katanya.

Sebelum acara larian bermula, para peserta terlebih dahulu menyertai sesi senamrobik yang dikendalikan oleh pihak penganjur.

Program itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 200 peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru serta komuniti setempat.

Penganjuran program itu bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah berjaya mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat melalui aktiviti riadah yang bermanfaat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN