30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sukan Komuniti Luar Bandar tarik warga setempat bersukan secara sihat

CENDERAHATI..Susi menyampaikan cenderahati kepada Simsudin sambil diperhatikan Kamal (kiri sekali), Nazera (dua dari kiri), Felix (kanan sekali) dan Anuar (dua dari kanan).

LABUAN:Program Sukan Komuniti Luar Bandar peringkat Labuan  yang dianjurkan oleh Kelab Belia Kampung Bebuloh (Bambo) berjaya menarik warga  Labuan khususnya anak muda  dalam program sukan secara sihat bersama komuniti.

Pengerusinya, Susi Ramilyana Maiden berkata selain itu program tersebut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim bukan saja bersama warga  setempat tetapi juga bersama pemimpin masyarakat.

“Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan warga setempat melibatkan diri dalam program bersama komuniti disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat dan pemimpin masyarakat.

“Saya berterima kasih kepada kepada komuniti Kampung Bebuloh yang sangat sporting dan komited   menyokong program anak muda dalam menganjurkan aktiviti yang bukan saja dalam membentuk pembangunan  generasi muda yang sihat tetapi juga dalam meningkatkan hubungan silaturahim yang lebih utuh” katanya.

PESERTA yang menyertai Sukan Komuniti Luar Bandar  bergambar kenangan bersama pemimpin masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis perasmian program tersebut di perkarangan Balai Raya Kampung Bebuloh baru baru ini.

Majlis Perasmian Sukan Komuniti Luar Bandar tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Program yang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan serta Majlis Belia Labuan (MBL) telah berjaya menarik lebih 500 peserta melibatkan pelbagai acara sukan seperti bola tampar wanita, dodgeball (kategori lelaki), tarikh tali (lelaki), lari dalam guni dan berlari berpasangan memakai kain sarung.

Turut diadakan senamrobik bersama komuniti setempat.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Labuan, Nazera Roslan, Ketua Kampung Bebuloh, Kamal Ariffin Haji Khalidin, Ketua Kampung Sungai Labu, Anuar Matsum dan Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan ( JBS) Labuan, Felix Den Anthony Paru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN