Ketibaan Datuk Jonathan disambut mesra dengan Tarian Singa danĀ bersalaman dengan para pemain setiap pasukan mengambil bahagian.
RANAU: Para pemain sukan bola sepak dan apa juga permainan yang lain diseru supaya mengamalkan disiplin diri yang tinggi, sabar dan tidak mudah putus asa.
Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menegaskan, disiplin merupakan tunggak utama yang amat penting dimiliki setiap individu pamain pasukan yang bakal berentap pada sesuatu kejohanan.
“Selain disiplin diri yang terbaik, latihan yang mantapĀ jugaĀ perlu dikuasai setiap pamain bagi meraih kejayaan”, jelas Datuk Jonathan ketikaĀ berucap merasmikan Kelab Bola Sepak Ex-Pai Wen dipadang SJK (C) Pai Wen Ranau baru-baru ini.

Jawatankuasa penganjur sempat merakam gambarĀ selepas program.
Turut diadakan ialah, perlawanan bola sepak 9 Sebelah melibatkan 5 pasukan yang berentap melibatkan , Pasukan Miruru Fc, Ex Pai Wen Fc, Bongkud Fc, Sepadu Fc dan Pinausuk Fc.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu, tiada diletakkan Johan, Naib Johan dan Ketiga sebaliknya hanya sebagai perlawanan persahabatan namun semua Pemain Terbaik telah dipilih dan masing-masing menerima sebiji bola sepak sumbangan pihak Jawatankuasa penganjur.
Turut hadir pada program itu ialah, Pengerusi PIBG, SJK(C)Pai Wen, Roland Goh.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā



