Suhaili sedia hadiah RM10,000 kepada juara Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Labuan 2025
LABUAN:Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.00 kepada pasukan yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Labuan sempena Hari Wilayah Persekutuan Labuan 2025.
Menurut Presiden LAFA, Sophian Said perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman yang tidak dapat hadir pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan BolaSepak 9 Sebelah Terbuka Labuan baru baru ini kerana berada di luar kawasan dan beliau berjanji akan menyediakan hadiah wang tunai RM 10,000,00 kepada pasukan yang akan menjadi juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Tertutup Labuan yang akan diadakan pada Febuari tahun depan sempena Hari Wilayah” katanya.
Jelasnya, kejohanan yang akan menghimpunkan pemain dan peminat sukan bola sepak Labuan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kelab Bola Sepak Labuan (LAFC).
Selain itu katanya, LAFC juga telah diberi amanah untuk melaksanakan Kejohanan Bola Sepak Wanita Terbuka Labuan, Piala Datuk Wira Dr Ramli Tahir tajaan Klinik Bakti Group yang dianjurkan sempena Hari Wilayah Persekutuan Labuan 2025.