Dr Suhaili bersama 10 Persatuan Tokong yang menerima kepala singa
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepala singa Dan wang tunai kepada 10 Persatuan Tokong Cina sempena Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Sumbangan itu disampaikan dalam satu sesi perjumpaan bersama-sama wakil persatuan tokong di sini sambil membincangkan pelbagai perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan.
Selain itu, Dr. Suhaili turut menyampaikan sumbangan bagi merayakan Chap Goh Mei 2025
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Tionghua di Labuan yang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina.