31 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Suhaili guna peruntukan untuk bantu rakyat

Suhaili

LABUAN:Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman telahpun menggunakan sepenuhnya peruntukan Ahli Parlimen yang disalurkan untuk membantu dan membiayai keperluan rakyat termasuk badan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan sumbangan.


Beliau berkata sehingga kini semua peruntukan tersebut telahpun digunakan sepenuhnya untuk membiayai keperluan rakyat seperti membantu membina rumah mangsa kebakaran dan membaik pulih rumah rakyat miskin tegar serta membaik pulih dan menaik taraf masjid dan surau yang rosak serta bantuan tangki air kepada rakyat yang benar benar memerlukan.


“Selain itu, pada tahun lalu saya juga memberikan peruntukan sebanyak RM 50,000 kepada masyarakat Tionghua yang meraikan Sambutan Tahun Baru Cina bagi pembelian kepala singa dan sebagainya” katanya kepada pemberita di sini baru baru ini.


Justeru itu, Suhaili berkata tidak salah beliau menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut didokong oleh rakyat Labuan tanpa sebarang kritikan dan tohmahanyang sekaligus memudahkan beliau untuk terus memberikan khidmat kepada rakyat.


Dalam waktu yang sama beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyalurkan peruntukan Ahli Parlimen.
“Peruntukan ini amat penting bagi membolehkan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai wakil rakyat” ,katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN