27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

STPM: seramai 36 calon STPM Labuan capai PNGK 3.00 ke atas

Dari kiri: Jayne Carey, Susan Lee dan Ayisha Mansor

LABUAN: Serama 36  calon daripada 136 calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020  di Pusat Tingkatan 6 SMK Labuan mendapat  Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas iaitu 26.47% berbanding 63 calon bersamaan 46.32% tahun 2019.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, dari segi prinsipal seramai 76 pelajar mendapat 4 prinsipal  (55.88 peratus), 31 calon mendapat 3 prinsipal (22.79 peratus), 19 calon mendapat 2 prinsipal (13.97 peratus) dan 10 mendapat 1 prinsipal (7.35 peratus).

“Secara keseluruhan, prestasi  STPM Labuan bagi  lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pada tahun 2020 bagi calon sekolah kerajaan   ialah 100 peratus iaitu  mengekalkan pencapain  tahun 2019. Manakala di peringkat kebangsaan Labuan mencatatkan 98.75 peratus bagi sekolah kerajaan” katanya.

Sementara itu, pelajar Jayne Carey  Wong menjadi pelajar terbaik STPM  2020 peringkat Labuan  dengan mendapat PGNK 3.84.

Antara pelajar lain yang mencapai PGNK 3.0 ke atas ialah Michelle Wong Fui Ping (3.83), Susan Lee Mei San (3.75),Nurul Ateyrah Yusaili (3.67), Hasjuhwiyah Jamal (3.67), Norhidayahani Natasha Roslen (3.67), Norhafiza Amilah (3.67), Ayisha Mansor (3.67), Veronlynn Irene Anak Joseph (3.59) dan Yapp Sei Nei (3.50).

Dalam pada itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapkan tahniah kepada pelajar   yang telah berjaya menyumbang kepada pencapaian lulus 100% dan juga 36 pelajar yang telah berjaya mencapai PNGK 3.00 ke atas.

SMK Labuan merupakan sekolah tunggal di pulau ini yang mempunyai pelajar yang mengambil peperiksaan STPM.

“Terima kasih juga kepada semua guru yang telah berusaha dengan gigih melaksanakan pembelajaran dalam suasana pandemik Covid-19 yang sangat mencabar.

“Juga kepada PIBG SMK Labuan yang sentiasa memberi bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program kecemerlangan setiap semester.”

“Tidak lupa juga kepada kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan  Labuan yang membantu dari segi penempatan guru-guru Tingkatan Enam serta bantuan dalam aspek kurikulum” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN