30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

StarSabah N.40 Bingkor siap sedia hadapi PRU-15 : Robert Tawik

Robert (tengah)semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

KENINGAU:Parti StarSabah Bahagian N.40 Bingkor sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke 15.

Ketua Bahagian Starsabah N40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pelancaran jentera pilihanraya DUN Bingkor akan dilakukan oleh Presiden Starsabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen P180 Keningau DSP Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan dalam masa terdekat ini.

“Kita sudah bersedia menghadapi Pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja” katanya selepas mesyuarat jentera pilihanraya Parti StarSabah Bahagian N.40 Bingkor di bilik mesyuarat Pexoholic Cafe di Bandar Baru Keningau baru-baru ini.

Robert bergambar bersama jentera pilihanraya DUN Bingkor.

Terdahulu semasa mempengerusikan mesyuarat itu, Robert yang juga Timbalan Presiden Starsabah meminta agar semua jentera pilihanraya diperingkat akar umbi juga sudah bersedia sepenuhnya.

Pada masa ADUN Bingkor itu meminta semua jentera diperingkat akar umbi berganding bahu untuk kemenangan calon Parlimen P.180 Keningau pada PRU 15 nanti.

“Dan calon tunggal Parti StarSabah adalah Presiden Starsabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan akan mempertahankan Parlimen 180 Keningau” tegasnya.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua Ketua PDM, AJK Bahagian,Wiranita,Wiramuda dan Wirawati StarSabah Bahagian N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN