27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

STAR Tambunan Bersedia Hadapi PRU15.

Lawrence (tiga dari kiri)bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi PDM di Kampung Monsok Tambunan.

TAMBUNAN: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Tambunan telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Penyelaras STAR Parlimen Keningau, Datuk Lawrence Gimbang berkata, pihaknya telah bersedia menghadapi PRU15 sekiranya dibubarkan dalam masa yang terdekat.

Katanya, antara persediaan yang diadakan ialah Menubuhkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Daerah Tambunan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Penubuhan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PDM di Kampung Monsok Tambunan, baru-baru ini.

Turut diadakan pada program itu ialah, sesi soal jawab berkaitan projek-projek di Kampung Monsok Tengah dan Monsok Ulu dan seterusnya menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada lima keluarga yang kurang berkemampuan.

Pada majlis itu juga, Prem G. Kitingan turut menyampaikan peralatan sukan seperti jaring bola tampar, jaring sepak takraw, dua biji bola tampar dan dua biji bola takraw masing-masing kepada 10 buah kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN