31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Star semakin diterima rakyat

Abidin (kanan) menerima borang kemasukan 111 orang menyertai STAR dikeruai Chin diperhatikan yang lain.

RANAU: Parti Star kini semakin mantap dan diterima rakyat akar umbi warga Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Paginatan

Ini  terbukti apabila seramai 111 orang lagi masyarakat Tionghua pekan Ranau tampil menyertai parti itu baru-baru ini diketuai Chin Yun Hing yang menyerahkan borang kemasukan mereka menganggotai STAR kepada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Ditanya apakah yang mendorong mereka menyertai STAR, Chin memberitahu mereka tidak dipengaruhi dengan mana- mana janji sebaliknya atas kesedaran mereka sendiri menilai kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan mentadbir negeri dengan baik.

“Mana-mana pemimpin dan kerajaan terbaik maka itu lah yang harus kita percaya dan berikan sokongan padu”, jelas Chin.

Datuk Abidin ketika ditemui mengalu-alukan kemasukan warga Tionghua ke parti STAR bagi menikmati arus pembangunan berterusan daripada kerajaan (pemerintah).

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN