Walther menyerahkan borang keahlian baharu STAR bahagian Labuan kepada Dr. Jeffery.
LABUAN:Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menaruh harapan tinggi untuk meletakkan calonnya di 15 kawasan yang dilihat realistik untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 yang akan diadakan pada bila bila masa tahin ini.
Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan berkata, 15 kerusi yang disasarkan itu adlah kawasan yang realistik untuk ditandingi dan boleh membawa kemengan pada parti,
“Kita melihat 15 kerusi yang kita sasarkan adalah kerusi yang realistik untuk kita tandingi dan kita mempunyai keyakinan bahawa rakyat akan memberi sokongan kepada STAR dan calon calonnya, ini disebabkan keyakinan mereka tentang perjuangan parti yang kontestan”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan penubuhan parti STAR Bahagian Labuan yang diadakan di salah sebuah restoran di sini, pada Sabtu.
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung parti STAR, Senator Datuk Edward Linggu Penyelaras Perlimen P 166 Labuan, Datuk Kapitan Stephen Teo dan Ketua Penaja STAR Bahagian Labuan, Walther Philip Macheal.
Dr.Jaffery yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu, berkata penubuhan parti STAR di Labuan yang berstatus penaja kini mempunyai 2,000 keahlian yang sebelum ini hanya berjumlah 300 ahli.
“Selepas bertapaknya STAR di Labuan jumlah keahlian telah mencecah 2,000 dan ini merupakan satu perkembangan positif yang memberi isyarat gerakan rakyat semakin matang dan berani memilih platform baharu yang mampu membela dan mengangkat suara tempatan yang terpinggir”, katanya.



