27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

STAR N38 Paginatan, terima 265 ahli baharu

Gambar – Abidin (kanan) ketika menerima borang keahlian daripada Parimin Butol sambil disaksikan Kong (ketiga kiri) dan yang lain.

0leh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU : Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) N38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, hari ini telah menerima sejumlah 264 borang keahlian baharu daripada ahli-ahli Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu  (UPKO) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Majlis ringkas berlangsung dengan patuh SOP di kediaman Abidin, yang juga ADUN Paginatan dekat Kampung Pasir Putih di sini, apabila hanya wakil hadir menyerahkan borang.

Penyerahan borang keahlian masing-masing diketuai mantan Ketua UPKO Cawangan Kg.Miruru, Paulus Damit, sebanyak 160 borang dan mantan Ketua PCS Cawangan Kg.Maringkan, Parimin Butol, sebanyak 114.

Semantara itu, Abidin ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin, mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baharu ke dalam parti STAR khususya di Dun Paginatan.

Beliau berkata, sebagai parti berbilang kaum ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang menghayati perjuangan STAR khususnya dalam menuntut hak hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA 63).

SERAH BORANG…..Paulus Damit (kiri) ketika menyerahkan borang keahlian STAR kepada Abidin (kanan)

“Dengan kemasukan ahli baharu ini, ianya akan menguatkan lagi parti STAR di Dun Paginatan dan seterusnya memantapkan lagi Kerajaaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri ini,” jelas Abidin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah, yang juga Ketua Wiramuda Dun Paginatan, Kong Soon choi.

Kong ketika dihubungi berkata,  keterbukaan mereka untuk menyertai STAR adalah didorong oleh keyakinan bahawa parti tempatan itu menerusi barisan kepimpinannya mampu memperjuangkan apa yang diaspirasikan oleh rakyat Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN