30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

STAR Bahagian Bingkor Sokong Robert Sebagai Timbalan Presiden STAR Sabah.

Gambar: Junior Fred Vincent.

KENINGAU: Ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian, Wiramuda dan Wiranita Bahagian N.40 Bingkor sebulat suara bersatu menyokong penuh Datuk Robert Tawik untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Tri Tahunan STAR Sabah.

Setiausaha Bahagian STAR N.40 Bingkor, Junior Fred Vincent berharap agar ahli STAR di bahagian-bahagian lain juga dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada Robert bagi memenangi jawatan sebagai Timbalan Presiden STAR Sabah pada pemilihan ini.

Junior yakin dengan usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh Robert sebelum ini dapat membantu memperkasakan lagi parti STAR Sabah dan membantu memberi kemenangan kepada Presiden Parti STAR Sabah yang merupakan tonggak utama STAR untuk terus memenangi kerusi Parlimen P.180 Keningau khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang ini.

Junior juga berkata antara sebab mereka menyokong sepenuhnya Robert sebagai Timbalan Presiden parti STAR Sabah adalah disebabkan manifesto beliau iaitu memperkasakan parti dan membantu Presiden, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan menghadapi PRU15 yang bakal menjelang.

“Kemenangan Presiden di kerusi Parlimen Keningau adalah sangat penting dalam menentukan survival perjuangan parti.

“Oleh itu, keputusan Robert yang juga Naib Presiden 1 merangkap Ketua Bahagian STAR Bingkor bertanding sebagai Timbalan Presiden adalah kerana untuk menguatkan lagi sokongan pengundi untuk Presiden memandangkan Bingkor juga terletak dalam kawasan Parlimen Keningau.

“Beliau juga merupakan ADUN yang berada dalam Kabinet, sudah pasti ianya memberikan peluang lebih banyak kepada beliau untuk mengutarakan keperluan rakyat bagi pihak presiden.

“Beliau juga telah berikrar untuk mewakili semua kaum, bukan hanya kouta bumiputera Islam dan bukan hanya untuk kawasan Pedalaman saja tetapi untuk seluruh kawasan di negeri Sabah.

“Beliau turut berjanji akan memastikan kelangsungan perjuangan MA63 yang dipelopori oleh Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey agar ia dapat dijayakan.

“Beliau turut berprinsip mengutamakan perjuangan parti dan bukan perjuangan politik peribadi. Beliau yakin dengan jawatan tersebut, dapat membantu memperkasakan parti,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Pada pemilihan itu, bagi Bahagian STAR Tambunan, Bingkor dan Liawan akan diadakan pada Jumaat ini di KRK Keningau, bermula jam 10 pagi hingga jam 2 petang.

Manakala bagi Bahagian Melalap, Kemabong, Tulid, Sook dan Nabawan akan diadakan di Pejabat STAR, Rumah Kediaman Datuk Ellron Angin di Sook, bermula jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang.

Pengumuman rasmi keputusan dijangka akan diumumkan pada 21 Oktober ini.-Tamat/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN