ROBERT…..STARSABAH akan mempertahankan kerusi Parlimen P.180 Keningau pada PRU 15 akan datang.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Parti Solidariti Tanah Airku (STAR SABAH)akan mempertahankan kerusi Parlimen P.180 Keningau pada PRU 15 akan datang.
Naib Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, bahawa pkerusi Parlimen P.180 Keningau adalah untuk STARSABAH .
Katanya, penyandang kerusi Parlimen P.180 Keningau Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang kini menyangang Timbalan Ketua Menteri Sabah masih diperlukan rakyat Keningau.
“Tidak ada rundingan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengenai kerusi Parlimen P.180 Keningau, ia adalah milik STARSABAH yang mana sekarang STARSABAH adalah gabungan Parikatan Nasional” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Ketua Bahagian STARSABAH Bingkor sependapat dengan Setiausaha Agung STARSABAH Datuk Senator Guandee Kohoi yang menyatakan pendirian parti untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan DUNTambunan pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita tetap mempertahankan Parlimen P.180 Keningau adalah milik STARSABAH, tidak ada runding-runding soal kerusi Parlimen P.180 Keningau, kita sudah buat kerja dan rakyat Keningau tahu” tegasnya.
Robert berkata, Parlimen P.180 Keningau yang kini diwakili oleh STARSABAH mempunyai tiga DUN iaitu DUN Tambunan, Bingkor dan Liawan telah bekerja kuat untuk rakyat di kawasan Parlimen ini.
Jelasnya, pada Pilihan Raya Negeri yang lalu ketiga-tiga kawasan DUN ini ditandingi oleh calon-calon PN dari STARSABAH telah memenangi ketiga-tiga kawasan DUN tersebut.
Ini katanya, menunjukkan sokongan kuat daripada rakyat di Parlimen P.180 Keningau kepada STARSABAH yang dipimpin Presidennya Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Menurut Robert, Dr. Jeffrey memang sesuai dan tepat dipilih sebagai calon semula pada PRU 15 atas peranan pentingnya dalam PN dan GRS.
“Dr Jeffrey adalah Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Dan juga Timbalan Pengerusi GRS. Beliau juga adalah satu satu pemimpin yang konsistan memperjuangkan Perjanjian Malaysua MA63 dan menuntut hak-hak rakyat Sabah” jelas Robert lagi.
Berdasarkan perjuangan beliau.(Dr. Jeffrey)sudah tentu rakyat Keningau masih memerlukan kepimpinannya untuk terus memimpin mereka.