27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SPANUL MENANG 6-3 KE ATAS RINUKUT DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

SPANUL VTR FC (berdiri) dan RINUKUT (mencangkung) bergambar sebelum perlawanan

RANAU: Pasukan SPANUL VTR FC memenangi perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan RINUKUT dengan jaringan 6 berbalas 3 yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Nalapak petang tadi.

Pasukan RINUKUT yang menggabungkan para pemain dari Sabah Tea, Kampung Luanti dan Kampung Kebuh Baru beraksi agak kurang persefahaman di semua bahagian berbanding  pasukan SPANUL VTR FC.

Sebanyak tiga gol berjaya dijaringkan oleh pasukan SPANUL VTR FC pada masa pertama dan tiga gol lagi pada seperuh masa kedua. Sementara itu 2 gol RINUKUT berjaya dijaringkan pada masa pertama dan 1 gol pada masa kedua.

Menurut Ketua Pasukan SPANUL VTR FC, Jafry Rudi, tujuan mengadakan perlawanan persahabatan dengan RINUKUT ialah sebagai persiapan menentang  pasukan PEMUNTARIAN VET pada Kejohanan Bola Sepak Veteran Sabah yang akan berlangsung di padang SK. Nalapak pada Sabtu ini.

Jafry merakamkan ucapan terimakasih kepada pasukan RINUKUT atas kesudian mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukannya. Beliau juga turut berterimakasih kepada pihak pengurusan padang kerana membenarkan mereka mengadakan perlawanan persahabatan di padang tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN