26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sophian sedia lepas jawatan Presiden LAFA dalam waktu terdekat

Sophian Said.

Labuan: Presiden Persatuan Bola sepak Labuan (LAFA), Sophian Said bersedia untuk  melepaskan jawatan Presiden LAFA dalam waktu terdekat.

Keputusan itu dimaklumkan kepada media selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Labuan yang  berlangsung baru baru ini.

Sophian yang memeggang jawatan dua penggal (2019-2024) mengambil keputusan itu bagi memberi laluan kepada pemimpin muda yang berpengaruh dan berpengalaman dalam sukan Bola sepak.

“Saya sudah lama berhasrat untuk melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pemimpin muda yang berpengalaman dalam sukan Bola sepak yang boleh membawa lebih jauh kejayaan bola sepak Labuan” katanya.

Sophian  yang pernah mewakili  negeri Sabah Piala Razak (1992-1993 dan Liga Simpanan Sabah 1997  turut melahirkan hasrat untuk menubuhkan sebuah Kelab Bola sepak baharu yang akan di kenali sebagai Kelab Bola Sepak Labuan (Labuan FA Club) sebagai usaha beliau meneruskan pembangunan bola sepak Labuan.

Antara kejayaan yang dicapai ketika beliau menerajui LAFA  termasuklah menghantar 4 pemain Labuan yang terpilih dalam skuad Sabah peringkat Umur 19 Dan 21 tahun.

Sementara itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) serta syarikat korporat yang telah  banyak membantu program LAFA sepanjang beliau memeggang jawatan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN