SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN DI DUN DUYONG SEMAKIN MENINGKAT: BUNG

Home Politik SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN DI DUN DUYONG SEMAKIN MENINGKAT: BUNG
SOKONGAN RAKYAT KEPADA BN DI DUN DUYONG SEMAKIN MENINGKAT: BUNG

BERTANYAKAN KHABAR..BUNG sempat ziarah sebuah keluarga di kawasan DUN Duyong semasa jelajah tersebut

Oleh.: Jaafar Abd Wahid

MELAKA : Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kini semakin meningkat kerana ramai yang menerima baik pendekatan gagasan ” Keluarga Malaysia ” yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radi berkata gagasan ini bersifat lebih inklusif dalam memperjuangkan masa depan rakyat tanpa mengira agama ,kaum dan sempadan.

” Hakikatnya semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan konsep ini telah dilaksanakan dengan jaya yang membawa kepada kestabilan politik,ekonomi dan kemajuan negara” katanya selepas melakukan tinjaun bagi membantu calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Helam di sini kemarin.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO perubahan sokongan rakyat khususnya di kawasan tersebut semakin meningkat dimana sebelum ini ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang menimbulkan pelbagai isu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN.

” Rakyat sudah tentu dapat menilai Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara bukan sahaja keadaan politik negara tidak stabil dan ekonomi negara tidak terurus sehinggs menjejaskan kehidupan jauh lebih baik apa yang dilakukan semasa BN memerintah negara” jelas Bung.

Mengulas lanjut tahap sokongan rakyat kepada calon BN Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, maklum balas rakyat semasa beliau bersama rombongan UMNO Sabah ke kawasan tersebut amat positif.


Katanya Mohd Noor Helmy bukanlah asing bagi masyarakat di kawasan itu selain mesra rakyat beliau telah lama berkhidmat kepada penduduk setempat atas kepesitinya sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi kawasan Duyong.

” Banyak isu telah ditangani oleh beliau sebagai ahli majlis sebelum ini antaranya masalah banjir,pengaliran longkang, kerosakan jalanraya dan isu isu setempat yang diselasaikan cepat dan ini merupakan eleman penting bagi bakal seorang wakil rakyat” katanya.
Tambah Bung sebagai Ketua Pemuda UMNO di kawasan tersebut sudah tentu Mohd Noor Helmy mempunyai pengalaman untuk memikul tugas serta tanggungjawab jika diberikan peluang sebagai ADUN dalam PRN Melaka kali ini.

” Kita yakin dengan hasil kerja keras semua komponen parti BN khasnya Umno yang semakin agresif menjelang tempoh kempen selama dua minggu ini kita akan dapat menarik semula sokongan pengundi kepada BN dalam PRN Melaka kali ini” tambah Bung.