RANAU: Para pereka fesyen dialu-alukan menyertai Pertandingan ‘Garung Olumis’ sempena Malam Gala (Sodop Huminodun) pada 7 Mei di Dewan Masyarakat Ranau bermula jam 7.00 malam.
Pengerusi Petandingan Garung Olumis merangkap Pengerusi pertandingan Unduk Ngadau Ranau 2022, Florencia Padasian (gambar) memberitahu, yuran untuk.menyertai pertandingan Garung Olumis ialah RM100 dan terbuka kepada semua Pereka Fesyen yang berminat, sementara jenis pakaian adalah hanya pakaian Tradisi Ranau yang di kontemporarikan para pereka fesyen.
Menurutnya, pertandingan yang memawarkan hadiah Johan RM2,000 dan Naib Johan RM1,500 manakala tempat ketiga bakal bawa hadiah RM1,000 akan dirasmikan Timbalan Menteri II, kementerian Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
“Sempena majlis itu juga akan diserikan dengan Penampilan Khas mantan-mantan Unduk Ngadau dan persembahan Juara Sugandoi Ranau 2022.
“Pelbagai acara menarik termasuklah anugerah ,Best’ Dress ( King dan Queen), Lucky Drew dan Makan Malam”, jelas Florencia sambil memaklumkan untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Syaqirah (010-3621251) atau Edna (019-8409569).
“Kita mengharapkan kehadiran menggalakkan daripada orang ramai khususnya para penaja meja makan bagi mengutip dana untuk menampung hadiah pertandingan Unduk Ngadau sempena Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau pada 14 Mei 2022 bermula 7.30 pagi dengan pelbagai acara menarik” jelas Florencia ketika temui.
.