30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Timbua, muncul juara MSSD Ranau 2023

HADIAH GALAKAN…Marcus (tiga kiri) menerima  Wang Tunai RM4 ribu disampaikan Datuk Jonathan disaksikan yang lain.

RANAU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua, muncul juara keseluruhan bagi kategori Sekolah Menengah setelah berjaya mengutip 23 pingat Emas, 17 pingat Perak dan 7 pingat Gangsa pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah  Daerah (MSSD) di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini.

Dengan kejayaan itu SMK Timbua  berjaya meraih hadiah Wang Tunai RM4,000 sumbangan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Naib Johan disandang SMK Lohan meraih  17 Emas, 12 Perak, 16 Gangsa meraih hadiah wang tunai RM3,000 dan SMK Mat Salleh  menduduki tempat ketiga dengan kutipan  16 pingat Emas,15 Perak dan 12 Gangsa menerima  wang tunai RM2,000  sumbangan Datuk Jonathan, mengetepikan 8 Sekolah Menengah yang lain masing-masing menerima wang tunai RM1,000 ringgit juga sumbangan Datuk Jonathan.

Bagi Zon Sekolah Rendah menyaksikan kecemarlangan Zon Tengah meraih 5 pingat Emas, 5 Perak dan 1 Gangsa untuk muncul juara diikuti Zon Timur dengan kutipan 3 Emas,
3 Perak dan 2 Gangsa dan Zon Utara 3 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa juga menerima wang tunai jumlah yang sama seperti pemenang kategori SMK, mengetepikan 5 Zon lain pada Kejohanan MSSD Jubli Emas kali ke-50 tahun yang dirasmikan Datuk Jonathan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada wakil sekolah dan zon dalam satu kunjungan hormat para Pengetua, Guru Besar dan wakil sekolah kepada Datuk Jonathan di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau baru-baru ini.

Datuk Jonathan dalam ucapan tahniah ringkasnya, mengharapkan para atlet yang terpilih mewakili MSSD Ranau pada Kejohanan peringkat Negeri di Keningau tidak lama lagi agar terus cemerlang mengharumkan nama daerah Ranau.

“Dengan harapan para atlet daerah Ranau bukan sahaja menyinar diperingkat daerah dan negeri malah mencipta nama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa”, jelas Datuk Jonathan.

Pengetua SMK  Timbua yang juga Pengarah Jawatankuasa Pelaksana MSSD Ranau, Marcus Shapie mewakili warga Pendidik khususnya para Jawatankuasa MSSD Ranau turut berterima kasih diatas  sumbangan daripada Datuk Jonathan.

“Dengan sumbang itu moga menjadi motivasi dan dorongan kepada guru-guru bukan sahaja untuk meningkatkan mutu sukan daerah malah dalam usaha mempertingkatkan prestasi pelajar dalam bidang Kurikulum (Akademik) samada ada Sekolah Rendah (SK) mahupun Sekolah Menengah (SMK), ‘tambah Marcus.   

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN