SMK Pantai yang dinobat juara keseluruhan kejohanan olahraga MSSWPL kategori Sekolah Menengah kali ke-23.
LABUAN: SMK Pantai muncul juara keseluruhan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) Kali ke 23 kategori sekolah menengah selepas mengumpul 18 pingat emas,17 perak Dan 10 gangsa.
Manakala SK Bukit Kalam menjuarai bagi kategori sekolah rendah dengan kutipan Lima pingat emas, Dua perak Dan satu gangsa.
Kejohan yang dikelolakan secara bersama oleh SM Sains dan SK Bebuloh dengan kerjasama Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan telah berlangsung selama lima hari (2 hingga 6 September) di padang Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
Sementara itu adik Mohd. Anik Hakim Usman dari SK Bukit Kalam yang berjaya mengutip dua pingat emas dinobatkan sebagai olahragawan kategori lelaki sekolah rendah dan adik Nor Izz Zayani Maswandie dinobat olahragawati perempuan sekolah rendah selepas mengutip dua pingat emas.

SK Bukit Kalam juara keseluruhan Olahraga MSSWPL kategori Sekolah Rendah.
Dalam pada itu, Destine Haiqal Abdullah Dari SMK Mutiara dinobat sebagai olahragawan lelaki bawah 15 tahun kategori sekolah menengah dengan kutipan dua pingat emas dan satu perak. Manakala olahragawati kategori perempuan bawah 15 tahun dinobatkan kepada Nur Syaifa Raisha Adnan Firdaus dari SM St.Anthony dengan kutipan peribadi tiga pingat emas.
Bagi kategori olahragawan lelaki bawah 18 tahun dinobatkan kepada Alven Teo dari SM St. Anthony dengan kutipan satu emas dan satu perak. Manakala Nurhazira Liyana Tamin yang mewakili SMK Mutiara dinobat olahragawati kategori perempuan bawah 18 tahun selepas meraih dua emas dan satu gangsa.
Sebanyak 18 buah sekolah rendah dan 12 sekolah menengah telah menyertai kejohanan tersebut yang melibatkan sebanyak 21 acara sukan pelbagai kategori telah dipertandingkan.
Sementara itu majlis perasmian kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Abidin Marjan.