JOHAN kategori sekolah menengah SMK Pantai bersama hadiah yang dimenangi
LABUAN: SMK Pantai dan SK Layang-Layangan dinobatkan sebagai johan Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di dewan serbaguna Perbadanan Labuan, pada Sabtu.
SMK Pantai yang diwakili oleh Kumpulan Antap Budaya dan SK Layang-Layangan yang dibarisi oleh Kumpulan Seri Layangan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Naib johan bagi kategori sekolah menengah di menangi oleh SMK Rancha-Rancha menerusi Kumpulan Lengok Bertingkah menerima hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga disandang oleh SMK Labuan (Studance Art) untuk menerima hadiah wang tunai RM500.
Bagi kategori sekolah rendah naib johan disandang oleh Labuan International School (Kumpulan Lestari) menerima hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga milik SK Patau-Patau (Kumpulan Gemalai Seni) membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Dalam pada itu SK Layang-Layangan juga muncul johan kategori Tik Tok View terbanyak (32 view) untuk menerima hadiah wang tunai RM100.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi.
Pertandingan Tarian Rampian Tradisional dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Perbadanan Labuan.
Sebanyak 17 buah sekolah yang membabitkan 9 Sekolah Menengah dan 8 sekolah rendah .
Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah, Penolong Pengarah, Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Labuan, Haji Minggu Amat.



