JUARA LAGI…Para pemain lelaki SMK Lohan bersama Cikgu Munaf (pertama dari kiri)
RANAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan (kategori lelaki) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (kategori perempuan) menjuarai Kejohanan Bola Baling Bawah 18 Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Ranau yang berlangsung di Ranau Extreme Futsal baru-baru ini.
Perlawanan sengit di peringkat akhir antara SMK Lohan dan SMK (A) Mohd Ali diheret hingga ke penentuan balingan penalti setelah seri empat sama di separuh masa kedua dan tambahan masa. Ketangkasan penjaga gol SMK Lohan, Mohamad Fitri menyelamatkan beberapa balingan penalti membantu pasukan tersebut muncul juara. Mohamad Fitri juga sekaligus dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik sepanjang perlawanan sementara rakan sepasukannya, Abdul Hannan turut menjadi pemenang selaku penjaring terbanyak.

SMK Ranau melakar kejuaraan..
Naib Johan, SMK (A) Mohd Ali manakalaTempat Ketiga dimenangi oleh SMK Mat Salleh Ranau.
Dalam perlawanan akhir kategori perempuan, Nur Qistina Norbert yang memakai jersi 10 mencipta nama selaku penjaring terbanyak sepanjang perlawanan. Nur Qistina bermain cemerlang di peringkat final menentang SMK Timbua apabila berjaya menjaringkan empat gol berbalas dua sekaligus menjadikan pasukannya muncul juara. Turut memenangi anugerah ialah rakannya Alvera Dora Happy selaku penjaga gol terbaik.
Naib Johan, SMK Timbua manakala Tempat Ketiga dimenangi SMK Matupang Jaya (1) setelah berjaya menewaskan SMK Lohan dengan jaringan 4-3.
Semua pemenang menerima sijil, medal, trofi dan piala daripada pihak pengelola kejohanan iaitu SMK Matupang Jaya.