32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Keningau II terima sumbangan daripada ADUN Bingkor

Robert (tiga dari kanan)menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ahmud.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberikan sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II.

Sumbangan kewangan sebanyak RM5,000.00 itu adalah untuk pengurusan sekolah bagi  pelbagai kegunaan dan keperluan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengumumkan sumbangan itu ketika berucap Merasmikan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SMK Keningau II Tahun 2021 di Dewan Super Cemerlang sekolah tersebut.

Sumbangan itu disampaikan oleh Robert kepada Pengetua SMK Keningau II Tuan Haji Ahmud Haji Sarbini.

Robert dalam ucapannya, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. 

Katanya, segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. 

“Diharapkan agar kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi meningkatkan prestasi diri pada masa hadapan. Kepada yang belum menerima anugerah, adalah diharapkan agar majlis ini menjadi pembakar semangat dan motivasi anda untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang” katanya.

Pada masa sama beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada ibu bapa di atas galakan, didikan dan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperoleh kecemerlangan.

“Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang” tambahnya.

Hadir samaPengetua SMK Keningau II Tuan Haji Ahmud bin Haji Saribin, YDP PIBG SMK Keningau II Davy Geoffrey Yanggut, Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang, Ahli Jawatankuasa MAPC, Guru-guru dan Ahli Majlis Tertinggi PIBG.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN