Junior mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Ducy @ Easter.
KENINGAU:Pengurusan Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Gunsanad menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan ADUN Bingkor yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat(PPM)N.40 Bingkor Junior Fred Vincent kepada setiausaha program lawatan sambil belajar anjuran pengurusan pusat tingkatan enam SMK Gunsanad Puan Ducy @ Easter Just @Justin.
Lawatan selama lima hari ke Pulau Pinang yang melibatkan 9 orang pelajar dan seorang guru ini merupakan program motivasi untuk 9 pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah yang dilaksanakan setiap tahun dengan kerjasama syarikat CLPG Packaging Industries S/B.
Program lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memotivasikan pelajar dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menimba dan menerokai ilmu diluar bilik darjah disamping membentuk keyakinan diri pelajar terutamanya ketika berhadapan dengan masyarakat luar.

Turut menerima sumbangan daripada wakil rakyat Bingkor itu adalah Masjid Al-Huda Kg.Kirokot Baru Apin-Apin.
Sumbangan berupa kerusi plastik dan meja lipat itu disampaikan oleh kakitangan pejabat ADUN N.40 Bingkor Roger Joanes kepada Kasrine Saiman bagi pihak Masjid Al-Huda Kampung Kirokot Baru Apin-Apin.
Sumbangan kerusi dan meja ini diperlukan oleh Jawatankuasa pengurusan masjid Al-Huda bagi memenuhi keperluan para jemaah dan untuk keselesaan pengunjung.
Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Huda Kampung Kirokot Baru menzahirkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Robert atas keprihatinannya.