30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Bingkor dan SK Bunsit masing-masing menerima sumbangan

Fredoline (kanan)mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Puan Hasnah.

KENINGAU:Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Bingkor dan Sekolah Kebangsaan (SK)Bunsit masing-masing menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan bagi SMK Bingkor adalah untuk Persatuan Silat Seni SMK Bingkor Keningau diperlukan untuk membiayai kos perbelanjaan bagi penyertaan pelajar mengikuti Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022 di Dewan Serbaguna PFI UiTM Kampus Puncak Alam Selangor.

Pemaju Mukim Tuntumulud Fredoline Tad Abin  mewakili  Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan kewangan itu kepada Ketua Penasihat Persatuan Silat Seni SMK Bingkor Keningau Puan Hasnah Abdul Muin.

Pada tahun ini, dua Pesilat SMK Bingkor telah terpilih untuk mewakili Negeri Sabah dalam kategori Silat Seni (Solo Kreatif P15 dan  Solo Kreatif P18) terdiri daripada Adik Sherlyn Suid dan Adik Nurtrisya Bella Mohd Syah.

Bagi pihak Sekolah SMK Bingkor, Puan Hasnah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Robert yang sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti pelajar.

Sementara itu sumbangan bagi SK Bunnsit diperlukan untuk melengkapi keperluan bagi pengisian program sempena Bulan Kemerdekaan Sekolah bersama PIBG bagi tahun 2022.

Antara pengisian program yang telah diadakan ialah,pertandingan fesyan merdeka, pertandingan lagu patriotik dan sukaneka.

Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN  Bingkor Rozelius Juanis mewakili Robert kepada Harold Amping bagi pihak SK Bunsit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN