27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK Bingkor dan Sook, terima sumbangan ADUN Bingkor.

Sonja mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Norsyamiera Azwa.

KENINGAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor dan SMK Sook masing-masing menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan kewangan kepada SMK Bingkor untuk menjayakan majlis Graduasi dan Apresiasi SPM sekolah itu disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Sonja Junaidi kepada Norsyamiera Azwa bagi pihak SMK Bingkor.

Sementara itu sumbangan kepada SMK Sook yang bakal mengadakan anjuran Kejohanan Merentas Desa MSS SMK Sook bagi Tahun 2023 yang akan diadakan pada 3 Februari ini disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N.40 Bingkor Tinus Majip kepada Cik Avila Sanis bagi pihak sekolah.

Turut menerima sumbngan kewangan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah JPKK Kampung Sandapak untuk membiayai program gotong royong Kampung Sandapak dan mesyuarat badan JPKK bersama penduduk kampung Sandapak.

Sumbangan tersebut sampaikan oleh Sonja Junaidi selaku kepada Demson Eligius selaku Bendahari JPKK bersama Pengerusi JPKK Rayner Adrian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN