29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SMA Keningau, Md.Irwan Shah terima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor 

Olivia (kiri)mewakili menyampaikan sumbangan kepada Ustazah Noor Amalia.

KENINGAU:Sekolah Menengah Agama (SMA) Keningau mendapat sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan itu untuk Program ILAL MAJDI WAL ‘ ULA (AL LUGHATUL ARABIYAH) yang merupakan Projek Intervensi kepada Guru-guru bahasa Arab Sekolah Agama itu.

Sumbangan Robert yang  Pembantu Menteri Kerja Raya disampaikan oleh Kakitangan Pejabat UPPM N.40 Bingkor Puan Olivia Justin kepada Ustazah Noor Amalia Musa bagi pihak sekolah.

Rahman (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Jupili.

Sementara itu Pemaju Mukim Tuarid Rahman Bin Bidin mewakili  ADUN  Bingkor itu menyampaikan sumbangan kepada Mohd.Irwan Shah Bin Jupili dari Kampung Kota Ayangan yang terpilih untuk menghadiri ujian pemeriksaan  fizikal pancaindera dan kecergasan pengawal keselamatan gred KP11(Sabah) di Politeknik Kota Kinabalu.

Sumbangan diterima oleh Jupili (bapa Irwan Shah)bagi pihak anaknya.

Sumbangan ini dapat meringankan bebanan   beliau dalam membuat persiapan untuk hadir ke ujian tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN