ADVERTISEMENTspot_img

Skuad Sabah Raih Tiga Emas Satu Perak Mr Malaysia 2026.

TERBAIK… Skuad Sabah yang meraih Tiga Emas Satu Perak

Oleh: Vitalis G. Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak dari Kejohanan Bina Badan dan Fizik Peringkat Kebangsaan Mr Malaysia ke-55 2026 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Pingat emas dimenangi Elvian Ondui dalam kategori Master Lelaki 45-55 tahun, Martin Magalai (Master Lelaki 55 tahun ke atas) dan Nicholas Li (lightweight lelaki 70kg).

Pingat perak pula dimenangi Kenny Liaw dalam kategori junior lelaki 70kg ke atas.

Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (SBBA), Clarence Runggi, berkata pencapaian tersebut membuktikan bahawa atlet bina badan Sabah semakin mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

selain menunjukkan peningkatan prestasi berbanding penyertaan sebelum ini.

“Kita sangat bangga dengan pencapaian ini. Daripada 11 atlet, kita berjaya bawa pulang tiga emas dan satu perak. Ia adalah pencapaian yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding penyertaan seblum ini.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian untuk para atlet, tetapi juga hasil daripada komitmen, disiplin dan kerja keras atlet, jurulatih serta barisan pengurusan pasukan,” katanya.

Clarence berkata, pencapaian itu turut memberikan suntikan semangat kepada SBBA  memperkukuhkan lagi program pembangunan atlet dan melahirkan lebih ramai wakil Sabah yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN