SEMANGAT…. Pasukan Rugbi wanita Wilayah Persekutuan Labuan yang akan mewakili kontijen Wilayah Persekutuan ke SUKMA 2022 di Kuala Lumpur 16 hingga 24 Sept. 2022.
LABUAN: Skuad Ragbi wanita Wilayah Persekutuan Labuan yang akan mewakili kontijen Wilayah Persekutuan di Sukan Malaysia (SUKMA) ke 20/2022 mengintai pingat emas untuk dibawa pulang sekaligus membantu kontijen Wilayah Persekutuan menambah jumlah pingat emas di tamasya itu nanti.
Presiden Persatuan Ragbi wanita Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rashid Adlie berkata, walaupun pasukannya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk sesi latihan akibat pendemik COVID 19 sejak 2020, namun skuad Ragbi Labuan telah bersiap sedia untuk memberikan saingan kepada pasukan lawan.
“ Kita mensasarkan untuk memungut gold medal (pingat emas), namun saingan kita pada edisi kali ini tentunya kepada pasukan Sarawak dan Sabah” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis pengumuman dan penyerahan jersey dan perlatan sukan kepada 12 pemain ragbi wanita Labuan yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke temasya SUKMA di sini, pada Jumaat.
Majlis penyerahan jersey dan peralatan sukan ragbi itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Zulhemi Amran dan Ketua jurulatih Skuad Ragbi Wanita Labuan, Wan Ibrahim Wan Chik.
Sementara itu, pasukan Ragbi Wanita Labuan yang diketuai oleh kapten pasukan Justina Josepth dijangka akan bertolak ke kuala Lumpur pada 13 September ini dan seterusnya akan menjalani latihan pemanas badan sebelum bermulanya perlawanan sebenar.
Untuk rekod, pasukan Ragbi wanita Wilayah Persekutuan Labuan pernah menjuarai Kejohanan Ragbi Wanita bawah 20 tahun peringkat kebangsaan pada tahun 2019, selain pernah menewaskan pasukan wanita Ragbi Kebangsaan dan pasukan ragbi wanita Singapura pada tahun yang sama.