24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SKUAD PIALA PRESIDEN SABAH TUNJUK PENINGKATAN MAMPU SERI DENGAN PASUKAN SENIOR

Pemain skuad Piala Presiden (jersi biru) cua dikepung pemain-pemain senior Sabah FC dalam satu perlawanan persahabatan di padang sintetik Komplek Sukan Likas.

Oleh : Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU–Pasukan Piala Presiden Sabah (B22) mampu seri 2-2 dengan pasukan senior Sabah FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas, Jumaat lepas.

Skuad Piala Presiden atau dikenali pasukan Sabah FC III berjaya mengikat pasukan 1-1 dalam saingan babak separuh masa pertama melalui tandukan pemain tengah, Mohd Naaim Firdaus Stibin. Manakala gol pasukan senior Sabah FC dijaringkan Harith Naim.

Kedua-dua pasukan terus bersaing di separuh masa kedua dengan sekali lagi skuad Piala Presiden mara di hadapan melalui jaringan tendangan bebas yang dilakukan Mohd Naaim.

Bagaimanapun penyerang berpengalaman Bobby Gonzales berjaya menjaringkan gol penyamaan ekoran berlaku babk mencemaskan di luar kotak penalti lawan.

Perlawanan itu kemudian terpaksa dihentikan lebih awal ekoran keadaan hujan lebat.

Kejayaan skuad Piala Presiden mencatat keputusan seri dalam perlawanan itu menunjukkan bahawa corak permainan pasukan muda berkenaan semakin menunjukkan peningkatan dan mampu memberi saingan sihat kepada pasukan senior.

Dalam perlawanan persahabatan di padang sintetik sebelum ini, pasukan senior Sabah FC hanya mampu menang tip[is 1-0 kepada skuad Piala Presiden.

Ini bermakna peningkatan keupayaan dalam pasukan muda itu, satu petanda baik untuk pasukan menghadapi cabaran dalam saingan Piala Presiden yang dijadual diadakan antara bulan September atau Oktober tahun ini.

Sementara itu, difahamkan sekurang-kurangnya lapan pemain skuad Piala Presiden telah dicadangkan jurulatih pasukan, Johnny Dominicus untuk pertimbangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dipanggil menjalani pemilihan awal skuad B23 kebangsaan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFC B23 di Uzbekistan nanti.

Mereka ialah Gerald Gadit, Hanafi Tokyo Hashim, Hizaz Lokman, Mohd Naaim Firdaus Stibin, Shahrizan Saidin, Azlizan Mohd Azlan, Nureizkhan Isa Jaafar dan Mohd Faqrul Idris.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN