31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SKMM peruntukan RM64 juta untuk inisiatif Jendela di Labuan

GAMBAR: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail (kiri) bersama Ketua Pegawai Teknikal dan Inovasi SKMM Shamsul Izhan Ab Majid selepas menandatangani persefahaman CIPM.

 LABUAN: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memperuntukan sebanyak RM 64 juta bagi pelaksanaan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Labuan.

Demikian kata Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus ketika berucap pada Majlis Menandatangani MOU Sistem CIPM (Communication Infrastructure Permit Managament) antara Perbadanan Labuan (PL) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini, baru-baru ini.

Katanya, Labuan turut menerima limpahan bagi fasa pertama Inisiatif Jendela sejak dilancarkan pada tahun 2020.

“Kita cuba pertingkan dari segi ‘blind spot’, yang mana peningkatan dari rangkaian 3G ke 4G dibuat.

“Lima menara telekomunikasi baharu juga ditambah di Labuan, dua menara telah siap dan tiga lagi dalam pelaksanaan selain pemasangan gentian fiber optik yang meliputi 6000 premis dalam fasa pertama ini,” katanya.

Menyentuh mengeni memorandum berkaitan penggunaan CIMP antara Perbadanan Labuan dengan SKMM, beliau berkata  ia  antara lain bertujuan untuk membantu mencegah ketirisan dari menara telekomunikasi yang beroperasi secara haram ia juga  selaras dengan agenda Labuan untuk menjadi Bandar Pulau Pintar dan lestari.

 “Sistem ini boleh membantu kami mengesan menara yang beroperasi secara haram sekali gus merealisasikan hasrat kami untuk menghalalkan operasi menara terbabit dan melindungi hasil kerajaan” katanya

Jelas beliau sistem itu mengandungi maklumat berkaitan semua menara telekomunikasi yang sedang   atau dalam  pembinaan yang akan diselaras oleh Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN