ADVERTISEMENTspot_img

SKA senarai 17 Karatekas ke Piala Shureido

Skuad karate Sabah yang akan bertanding pada kejohanan Piala Shureido Ke-5 2026 di Kuala Lumpur pada 3-5 Julai.

Oleh: Vitalis G.Bingkasan

KOTA KINABALU : Persatuan Karate Sabah (SKA) menyenaraikan 17 atletnya ke Kejohanan Karate Terbuka Piala Shureido Ke-5 2026.

Karatekas Sabah  terdiri daripada 10 lelaki dan tujuh wanita itu akan bertanding pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Serbaguna PT 80, Kuala Lumpur pada 3-5 Julai 2026.

Karatekas lelaki ialah Hezrond Ankes Hasland dari Kolej Teknologi Yayasan Sabah, Haiqel Darren Hasland (SMK Tamparuli), Philleo Mckenzy Ceelo (SMK Tamparuli), Wesley Ozzier Tom Lujain (SMK Tamparuli),  Oxlade Macriel Marcel (SMK Tamparuli), Muhammad Syahzrullah Halim (SMK Muhibbah Sandakan), Muhammad Uqael Uqasyah Isma Adam (SERI AN-NUR), Johnny Junior (SM St Martin Tambunan), Al Zovainz Zurizal (SMK Inanam) dan Danish Rayyan Rajis (Maktab Sabah KK).

Karatekas wanita pula ialah Christabelle Odelia Tom Lujain (SJK) St Phillip Tamparuli), Rose Dayana Mohammad (SM Stella Mariska KK), Dezzie Chell Davis (SMK Tambunan), Eve Star Asia Manuel (SM St Martin Tambunan), Nur Ain Humairah Abdul Rahman (SM Lok Yuk Likas), Ivy Catrinaz Zurizal (SMK Inanam) dan Iona Siew Lin Maria Fernandez King (SMK St Francis Convent (M) KK).

Setiausaha Agung SKA, Julian Chin berkata, walaupun mempunyai rekod baik pada kejohanan itu, mereka tidak menetapkan sebarang sasaran.

“Kami tidak tetapkan sebarang sasaran terutama dengan senarai karatekas kita yang masih muda.

“Kejohanan ini lebih kepada untuk tujuan pembangunan…memberi pendedahan dan pengalaman kepada Karatekas muda bertanding di peringkat tinggi , “ kata Julian.

Sebagai rekod, pada edisi keempat kejohanan sama di Jakarta tahun lalu, Sabah menang lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa untuk menduduki tempat keenam keseluruhan.

Kejohanan kali ini dijangka akan disertai pasukan dari Indonesia, Filipina dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan yang diiktiraf Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) itu adalah anjuran Persatuan Karate ShitoRyu Malaysia dengan sokongan Shureido dan Orientals Martial Arts.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN