26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK St. Francis Xavier terima sumbangan daripada ADUN Bingkor

Zaki mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Dayang Hasmah.

KENINGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis Xavier di sini menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan itu kepada Cikgu Dayang Hasmah Mohd. Talib.

Sumbangan kewangan itu adalah sebagai sokongan bagi pengelolaan anjuran pertandingan tarian sempena karnival seni peringkat negeri zon pedalaman atas bagi tahun 2022, iaitu pertandingan tarian sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dayang Hasmah berkata, sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pihak pengurusan dan dapat membantu kelancaran program seperti yang dirancangkan.

“Bagi pihak sekolah saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan beliau membantu kami” kata Dayang Hasmah.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor adalah SK Pekan Keningau yang akan menganjurkan majlis sambutan jubli emas ke 100 sekolah itu.

Sumbangan itu juga disampaikan oleh Zaki kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pekan Keningau Puan Arunie Joseph.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN