25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SK. PINGGAN-PINGGAN JUARA BOLA SEPAK U12

Juara..SK. Pinggan-Pinggan bersama hadiah kemenangan mereka

PITAS: Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan Pitas muncul juara Kejohanan Malaysia Little League anjuran Kementerian Belia dan Sukan U12 Peringkat Daerah Pitas yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Rukom baru-baru ini.

SK. Pinggan-Pinggan berjaya menewaskan SK. Kanibongan dengan jaringan 3-1 di pusingan akhir menentukan juara. Dengan kemenangan itu, pasukan tersebut berjaya membawa pulang hadiah berupa wang bernilai RM1K berserta medal sementara naib juara menerima wang sejumlah RM700 dan medal.

Turut menerima hadiah RM300 berserta medal ialah SK. Telaga dan SK.Pekan 2 apabila kedua-dua pasukan ini dinobatkan sebagai pemenang bersama di tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kudat, Jafrin Nordin bersama Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Pitas, Yunsoi Chang.

Jafrin dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

“Tahniah kepada pemenang johan, naib dan ketiga serta semua pasukan yang mengambil bahagian. Tujuan utama kita mengadakan program ini bukan semata-mata untuk mencari pemenang tetapi untuk mencungkil lebih ramai bakat di samping memupuk semangat kesukanan dan persahabatan di kalangan pelajar,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN