32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK Pasir Puteh Keningau terima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor

Diana (kanan)mewakili Robert menyampaikan sumbangan kewangan kepada Rohani.

KENINGAU:Sekolah Kebangsaan(SK) Pasir Puteh Keningau menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Staf Pejabat ADUN Bingkor Diana Basir mewakili Robert kepada Guru Pengurusan Media Pusat Sumber sekolah Puan Rohani Madan.

Menurut Puan Rohani, sumbangan kewangan tersebut adalah kegunaan untuk menambahbaik fasiliti pusat sumber sekolah itu yang mana sejak kebelakangan ini kerap digunakan oleh pelajar namun memiliki kemudahan yang sangat terhad.

“Dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah digunakan untuk memenuhi sebahagian keperluan untuk menambahbaik fasiliti pusat sumber sekolah itu” katanya.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor Sumbangan bagi membaiyai Program Outreach “JATI DIRI DAN BANGKIT “.

Program yang dianjurkan oleh sekolah itu adalah untuk pelajar semester tiga pusat tingkatan 6 (PTEM) yang akan diadakan awal bulan depan di Kun-Kun Riverside Tengkulap Telupid.

Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Puan Diana mewakili Robert kepada Penyelaras Program Cikgu Mony Kaseh.

Menurut Cikgu Mony, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan semangat jati diri dan bangkit kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam semester 3 SMK Bingkor.

“Program yang disusun atur itu diharapkan supaya para pelajar dapat  memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM akan datang” katanya.

Beliau mewakili warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada Robert yang sentiasa memberi sokongan  aktiviti aktiviti yang dirancang di sekolah tersebut.

“Robert begitu mengambil berat terhadap pendidikan para pelajar di kawasannya, yang tidak putus putus menghulurkan sumbangan kewangan kepada  sekolahnya” ujarnya. 

Dalam pada itu, Robert berharap dengan adanya sumbangannya itu dapat dimanafaatkan dan dapat membantu menjayakan program yang akan diadakan itu.  

Beliau mendoakan agar segala perancangan yang telah diatur itu dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN