Robert menyampaikan sumbangan kepada Amirul
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyerahkan sumbangan dalam betuk barangan kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Keningau.
Sumbangan barangan tersebut adalah untuk keperluan Majlis Aspirasi Perdana Sekolah tersebut yang akan diadakan pada bulan ini .
Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja kepada Amirul Farhan, mewakili Guru Besar sekolah Kebangsaan Pasir Puteh.
Menurut Amirul, sumbangan amat bermakna sekali kepada sekolah yang diperlukan untuk melengkapi hadiah-hadiah bagi aktiviti cabutan bertuah.
Amirul berkata, semoga sumbangan ikhlas daripada wakil rakyat ini bermanfaat dan dapat membantu kelancaran program seperti yang telah dirancangkan.
“Bagi pihak sekolah, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Robert atas keprihatinannya” kata Amirul.