34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK. PAGINATAN DAN SK. NALAPAK MENGORAK LANGKAH BERSAMA KE KEJOHANAN SCRABBLE PERINGKAT DAERAH

Peserta SK. Paginatan dan SK. Nalapak mewakili Zon Timur. Zalifah (pertama dari kiri)

RANAU: Sekolah Kebangsaan Paginatan dan Sekolah Kebangsaan Nalapak mengorak langkah bersama mewakili Zon Timur ke Pertandingan Scrabble Peringkat Daerah Ranau.

Dalam Pertandingan Scrabble Peringkat Zon Timur yang berlangsung di Makmal ICT Sekolah Kebangsaan Nalapak baru-baru ini, sebanyak enam pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan tersebut terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Miruru yang menduduki tempat ke enam, Sekolah Kebangsaan Kananapon (ke-5), Sekolah Kebangsaan Matupang (3rd Runner up), Sekolah Kebangsaan Matupang (2nd Runner up), Sekolah Kebangsaan Nalapak (1st Runner up) dan Sekolah Kebangsaan Paginatan (Champion).

Peserta SK. Kituntul dan SK. Kinapulidan mewakili Zon Tengah

Dalam satu lagi pertandingan iaitu Peringkat Zon Tengah yang berlangsung di Perpustakaan Ranau hari ini, pasukan yang berada di kedudukan ketujuh ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Libang, Sekolah Kebangsaan Badukan (ke-6), Sekolah Kebangsaan Kimondou (ke-5), Sekolah Kebangsaan Kandawayon (3rd Runner up), Sekolah Kebangsaan Kilimu (2nd Runner up), Sekolah Kebangsaan Kinapulidan (1st Runner up) dan Sekolah Kebangsaan Kituntul (Champion).

Penyelaras pertandingan, Zalifah Paidi memaklumkan pemenang ‘champion’ dan ‘1st Runner up’ masing-masing akan mewakili zon ke pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan pada 21 Julai bertempat di Sekolah Kebangsaan St. Benedict, Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN