26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SK Binaong terima dana sumbangan jayakan program sekolah daripada MP Keningau.

Lectus mewakili Jeffrey menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SK Binaong Haini Suparno.

▪︎

0leh: Marutin Ansiung

KENINGAU:Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan memberikan sumbangan berupa dana kepada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Binaong untuk membantu pembiayaan program yang bakal dijalankan iaitu Program Keceriaan Sekolah ‘Male And Female Washroom’.

Sumbangan Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan ADUN  Tambunan itu disampaikan oleh Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat P.180 Keningau Lectus Fung. 

Sumbangan dana tersebut telah diterima oleh Guru Besar SK.Binaong Haini binti Suparno bersama dengan Penolong Kanan 1 Jamestan Dominic, PK Kokum Edward George dan Cikgu Azline Tawik.

Pada hari yang sama Lectus bersama 

rombongan kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Keningau menyampaikan sumbangan Dana  Sentuhan Kasih kepada Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.

Dana tersebut adalah bagi kegunaan Persatuan Pencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Keningau yang untuk membiayai pengurusan dan menjalan program-program persatuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN