Zaki menyampaikan sumbangan kepada Rozy Yanti.
KENINGAU:Sekolah Kebangsaan (SK)Biah Keningau menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai pembelian vest Pengawas Pusat Sumber Sekolah tersebut.
Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria mewakili Datuk Robert menyerahkan sumbangan tersebut kepada Guru Pusat Sumber SK Biah Cikgu Rozy Yanti C Madis di Pejabat UPPM N.40 Bingkor.
Cikgu Rozy Yanti merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut .
“Dengan sumbangan yang diberikan sudah tentu dapat merealisasikan pembeliaan vest tersebut untuk para pengawas Pusat Sumber sekolah kami”, kata Cikgu Rozy Yanti
Tambahnya, ia juga aka memberi motivasi dan semangat kepada para pengawas pusat sumber sekolah untuk terus komited menjalankan tugas mereka sebagai pengawas pusat sumber sekolah.
Sementara itu Pasukan Pengakap Kelana A menerima sumbangan 20 kampit beras daripada Datuk Robert yang juga ADUN Bingkor.
Sumbangan beras itu adalah untuk program menderma darah Pengakap kelana A sempena yang akan diadakan bulan ini.
Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria kepada Pengerusi Pasukan Pengakap Kelana A Rahmat Masduki.
Rahmat melahirkan rasa terima kasih kepada Robert atas keprhatinan menyumbangkan beras.
Menurutnya, beras tersebut akan dihadiahkan kepada para penderma darah dalam program tersebut.
Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIS ) Daerah Nabawan menerima 1 set jersi sumbangan daripada Robert.
Jersi tersebut diberikan kepada Pasukan Bola sepak JHEAIS Daerah Nabawan yang mana akan menyertai pertandingan bola sepak sempena sukan Jabatan itu yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Sumbangan tersebut juga disampaikan oleh Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria kepada wakil Pasukan Bola Sepak JHEAIS Daerah Nabawan Mohd Zaki Loumin.
Mohd Zaki merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprhatinan menyumbangkan jersi tersebut.